30 peserta didedah teknologi IoT pertanian
-
17 September 2026
-
Oleh: Asri Hamat | Kredit foto: Media Dato' Tuan Saripudin
-
41
KOTA DARULNAIM, 17 September - Sebanyak 30 peserta pelbagai golongan umur menyertai Agri Bio Class: Bengkel Internet of Things (IoT) dalam Pertanian 2026 bagi mendapatkan pendedahan mengenai penggunaan teknologi dalam sektor pertanian.
Bengkel berkenaan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknologi IoT, penggunaan sensor dan peranti pintar serta aplikasi teknologi dalam pemantauan tanaman dan pengurusan aktiviti pertanian.
Sehubungan itu, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata program berkenaan antara usaha kerajaan untuk melahirkan generasi petani yang rajin mengusahakan tanah serta bersedia mengadaptasi teknologi moden bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, YB Dato' Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail
"Pertanian pada masa hadapan memerlukan gabungan ilmu, teknologi dan kesungguhan, selari dengan usaha kerajaan negeri memperkukuh sektor pertanian menerusi pendekatan yang lebih moden dan berdaya saing," katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan Agri Bio Class: Bengkel Internet of Things (IoT) dalam Pertanian 2026 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Kelantan Biotech Corporation (KBC) dan Jabatan Pertanian Kelantan.
Bengkel tersebut berlangsung di Pusat Latihan Pertanian Lundang, Jabatan Pertanian Kelantan pada Selasa.














