MPBN platform himpun suara anak, bawa isu untuk perhatian kerajaan
-
15 September 2026
-
Oleh: Asri Hamat | Kredit foto: Media Exco
-
46
KOTA DARULNAIM, 15 September - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) menjadi platform menghimpunkan pandangan anak muda menerusi perbincangan, pembentangan dan perbahasan isu yang dekat dengan masa depan mereka sebelum dibawa untuk perhatian kerajaan dan agensi berkaitan.
Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad, berkata ruang berkenaan penting bagi memastikan suara anak muda bukan sekadar didengar, malah menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masa depan Kelantan.
Katanya, antara kertas kerja yang dibentangkan pada Sidang II Penggal Ke-35 Sesi 2025-2026 MPBN Peringkat Negeri Kelantan ialah “Ekonomi Jingga: Menjana Peluang Pekerjaan dalam Industri Kreatif Belia Negeri Kelantan” oleh Universiti Malaysia Kelantan.
Selain itu, kertas kerja bertajuk “TVET: Kebolehpasaran Graduan TVET; Cabaran dan Harapan” turut dibentangkan Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur.
“Perbahasan usul dan maklum balas daripada agensi kerajaan turut membuka ruang untuk kita melihat isu-isu yang dibangkitkan dengan lebih dekat serta mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian.
“Ruang seperti ini perlu terus diperkukuh supaya suara anak muda bukan sekadar didengar, tetapi turut menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masa depan Kelantan,” katanya di media sosial, hari ini.
Terdahulu, beliau hadir dalam wacana tersebut yang berlangsung di sebuah hotel di Kota Bharu, hari ini.












