Accessibility Tools

Skip to main content

Seni silat warisan Melayu perlu terus dipelihara, diwarisi generasi muda – YB Mohd Rusli

  • 15 September 2026
  • Oleh: Syamimi Manah
  • 93

Foto: Media YB Mohd Rusli

TUMPAT, 15 September - Seni silat warisan Melayu perlu terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi muda sebagai lambang jati diri, disiplin serta budaya masyarakat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Mohd Rusli Abdullah berkata, usaha memperkenal dan meneruskan seni silat dalam kalangan generasi muda penting bagi memastikan warisan berkenaan tidak hilang ditelan zaman.

Beliau berkata demikian selepas berkesempatan hadir menyaksikan latihan silat sempena Majlis Perlimau Silat anjuran Gelanggang Silat 3 Beradik, Kampung Periok, Wakaf Bharu pada Sabtu.

“Semoga seni silat warisan Melayu terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi muda sebagai lambang jati diri, disiplin dan budaya masyarakat kita,” katanya di laman rasmi.

YB Mohd Rusli turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha pihak Gelanggang Silat 3 Beradik Kampung Periok yang terus menghidupkan seni warisan tersebut melalui aktiviti latihan dan penglibatan anak muda.

{eurl_share}