Dapur Hijau Parlimen Tanah Merah manfaatkan 120 penerima
-
14 September 2026
-
Oleh: Irham Hilmi Hashim | Kredit foto: Media Exco
-
28
KOTA DARUL NAIM, 14 September – Sebanyak 120 penerima daripada tiga kawasan Dewan Negeri (DUN) iaitu Kemahang, Bukit Panau dan Gual Ipoh menerima manfaat menerusi Program Dapur Hijau Peringkat Parlimen Tanah Merah dalam usaha memperkukuh sekuriti makanan serta kesejahteraan keluarga.
Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, program berkenaan melibatkan 40 penerima bagi setiap DUN, sekali gus memperluas manfaat inisiatif tersebut kepada masyarakat di Parlimen Tanah Merah.
Menurutnya, Program Dapur Hijau diharapkan dapat membantu keluarga membudayakan amalan bercucuk tanam, selain menyediakan sumber makanan segar dan berpotensi menjana pendapatan daripada hasil kebun.
“Insya Allah, kerajaan negeri akan terus memperkasa usaha seperti ini agar lebih ramai rakyat dapat memanfaatkan tanah dan ruang yang ada untuk meningkatkan sekuriti makanan serta kesejahteraan keluarga,” katanya menerusi media sosial selepas merasmikan program berkenaan, semalam.
Turut bersama dalam program perasmian tersebut ADN Kemahang YB Mejar Dato’ Md Anizam Ab Rahman dan ADN Bukit Panau YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood.










