Accessibility Tools

Skip to main content

Calendar of Events 2026 perkasa tarikan pelancongan Kota Bharu – Datuk Kamarudin

  • 10 August 2026
  • Oleh: Syamimi Manah | Kredit foto: FB Datuk Kamarudin
  • 49

KOTA DARULNAIM, 10 Ogos - Kepelbagaian program dan acara menerusi Calendar of Events 2026 di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dijangka memberi nilai tambah kepada tarikan pelancongan di Kota Bharu.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan YB Datuk Kamarudin Md Nor berkata, perancangan berkenaan antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat MPKB-BRI di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, penyelarasan program penting bagi memastikan pelbagai aktiviti yang dianjurkan dapat menghidupkan suasana Kota Bharu, selain memberi ruang kepada masyarakat dan pengunjung menikmati kepelbagaian aktiviti.

“Perbincangan ini memberi tumpuan kepada penyelarasan program dan acara yang mampu menghidupkan lagi suasana Kota Bharu, di samping memperkukuh tarikan pelancongan serta memberi ruang kepada masyarakat dan pengunjung menikmati kepelbagaian aktiviti yang bakal dianjurkan,” katanya di laman sosial, semalam.

Beliau berkata, penganjuran program yang pelbagai dapat menyumbang kepada usaha menjadikan Kota Bharu sebagai bandar yang lebih meriah dan mempunyai daya tarikan kepada pengunjung.

Katanya, kerjasama antara kerajaan negeri dan MPKB-BRI akan terus diperkukuh bagi memastikan perancangan Calendar of Events 2026 dapat diselaraskan dengan baik serta memberi manfaat kepada masyarakat dan sektor pelancongan negeri.

“Semoga kerjasama ini terus diperkukuhkan demi menjadikan Kota Bharu lebih meriah dan berdaya tarikan kepada pelancong,” ujarnya.

Pautan berjaya disalin!