Accessibility Tools

Skip to main content

MAHA 2026 pemangkin transformasi sektor agromakanan negara - Exco Pertanian

  • 09 August 2026
  • Oleh: Irham Hilmi Hashim | Kredit foto: Media Dato' Tuan Saripudin
  • 47

KOTA DARULNAIM, 9 Ogos – Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2026 berperanan sebagai platform penting dalam mengetengahkan perkembangan sektor agro negara, teknologi pertanian moden, inovasi, produk agro serta peluang agropelancongan dan keusahawanan.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, penganjuran MAHA 2026 turut menjadi medan mempertemukan pemain industri, usahawan, petani, penternak dan masyarakat dalam usaha memperkukuh ekosistem agromakanan serta keterjaminan makanan negara.

Menurutnya, penganjuran Road To MAHA 2026 bagi Zon Pantai Timur merupakan antara platform untuk mendekatkan agenda pembangunan sektor pertanian kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media rasminya selepas mengiringi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia YB Datuk Seri Mohamad Sabu bagi merasmikan program berkenaan yang berlangsung di MyDin Tunjong, Kota Bharu, semalam.

Katanya, MAHA mempunyai peranan penting dalam memperkenalkan perkembangan serta potensi sektor agro kepada masyarakat, selain membuka ruang kepada pemain industri dan usahawan mengetengahkan produk, teknologi serta inovasi masing-masing.

“MAHA bukan sekadar pameran pertanian, tetapi menjadi platform penting untuk mengetengahkan perkembangan sektor agro negara, teknologi pertanian moden, inovasi, produk agro serta peluang agropelancongan dan keusahawanan,” katanya.

Tambahnya, keterlibatan pelbagai pihak dalam platform seumpama itu penting bagi membentuk ekosistem agromakanan yang lebih kukuh, khususnya melalui hubungan antara pemain industri, usahawan, petani, penternak dan masyarakat.

Beliau yakin pendekatan tersebut selari dengan keperluan untuk terus memperkukuh sektor pertanian negara agar lebih moden, berdaya saing serta mampu memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat.

Beliau juga berharap MAHA 2026 terus menjadi pemangkin kepada transformasi sektor pertanian Malaysia, sekali gus memperkukuh usaha membangunkan sektor agromakanan yang berdaya saing dan berimpak kepada rakyat.

Pautan berjaya disalin!