Accessibility Tools

Skip to main content

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad


Atlet cemerlang terima elaun RM400 menerusi Program Imtiaz

KOTA DARULNAIM, 4 Ogos – Atlet cemerlang yang pernah memenangi pingat emas dalam temasya SUKMA sebelum ini ditawarkan menyertai Program Imtiaz yang menyediakan elaun latihan RM400 sebulan sepanjang tempoh latihan.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad berkata Program Imtiaz bermula pada Januari 2025 sebagai antara inisiatif kerajaan negeri dalam membantu atlet yang menunjukkan prestasi cemerlang.

"Atlet-atlet cemerlang yang pernah meraih pingat emas dalam temasya sebelum ini, kita ada satu program khusus yang dijenamakan sebagai Program Imtiaz.

"Melalui program ini, 12 atlet mendapat elaun latihan sebanyak RM400 setiap bulan sepanjang setahun latihan tersebut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Maklumat Atlet Elit Majlis Sukan Negeri Kelantan

Maklumat Atlet Pelapis Majlis Sukan Negeri Kelantan

Beliau berkata, pembayaran elaun di bawah Program Imtiaz diteruskan sepanjang atlet berkenaan masih mempunyai kedudukan pingat di peringkat kebangsaan.

Selain Program Imtiaz, katanya, kerajaan negeri turut melaksanakan Program Pelapis yang menawarkan elaun RM300 sebulan kepada atlet yang memenangi pingat di peringkat kebangsaan.

"Pembayaran elaun di bawah Program Pelapis ini diteruskan sepanjang 18 atlet berkenaan masih mempunyai kedudukan di peringkat kebangsaan," jelasnya.

Pada masa sama, beliau mengakui inisiatif yang disediakan mungkin tidak sehebat negeri lain, namun ia membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk terus membantu pembangunan atlet.

"Mungkin berbanding dengan negeri lain tidaklah sehebat negeri lain, tetapi sekurang-kurangnya ada juga usaha yang kita lakukan," katanya.

Pautan berjaya disalin!