Accessibility Tools

Skip to main content

300 armalah DUN Kijang terima sumbangan fasa dua

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media Dato' Izani

KOTA DARULNAIM, 3 Ogos - Kelantan meneruskan agenda negeri berkebajikan apabila sebanyak 300 armalah (ibu tunggal) di Dewan Negeri (DUN) Kijang menerima sumbangan menerusi Majlis Penyampaian Sumbangan Armalah Fasa 2 di Dewan Kem Kijang, semalam.

Sumbangan berkenaan mencerminkan kesinambungan dasar negeri berkebajikan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Kelantan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) yang juga Exco kerajaan negeri YB Dato' Dr Izani Hussin berkata, golongan armalah merupakan insan tabah yang meneruskan kehidupan dengan penuh cekal serta memikul amanah membesarkan anak-anak walaupun diuji dengan ketiadaan suami.

Beliau turut berpesan kepada golongan armalah supaya tabah dan terima ketentuan Allah SWT dengan hati yang reda.

"Jangan menganggap hanya kita sahaja yang diuji kerana setiap orang diuji namun dengan cara yang berbeza. Terimalah setiap ketentuan Allah dengan hati yang reda dan jangan pernah putus berharap kepada-Nya," katanya di media sosial, semalam.

Beliau turut mengingatkan armalah supaya sentiasa menjaga solat, mendekatkan diri dengan al-Quran serta memperbanyakkan zikir, selawat dan istighfar.

Beliau turut menyeru ibu bapa agar  mendidik anak-anak dengan al-Fatihah dan al-Quran kerana ilmu yang diajarkan akan menjadi amal jariah yang pahalanya terus mengalir.

Beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan keberkatan kepada semua armalah dalam mendidik generasi pewaris ummah.

Pautan berjaya disalin!