Accessibility Tools

Skip to main content

Mesyuarat penyelarasan perkemas persiapan akhir kontinjen Kelantan ke SUKMA XXII Selangor 2026

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media YB Zamakhshari

KOTA DARULNAIM, 3 Ogos – Mesyuarat Penyelarasan Kontinjen Kelantan ke Sukan Malaysia (SUKMA XXII) Selangor 2026 menjadi medan penting bagi menyelaras persiapan akhir kontinjen Kelantan menjelang temasya itu.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad berkata, mesyuarat berkenaan turut memberi tumpuan kepada usaha memastikan kebajikan atlet serta keperluan setiap acara sukan berada pada tahap terbaik.

Katanya, komitmen semua pihak amat penting dalam memastikan kontinjen Kelantan membuat persiapan rapi sebelum beraksi pada SUKMA XXII Selangor 2026.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat, YB Zamakhshari Muhamad

"Insya Allah, dengan perancangan yang rapi dan semangat yang tinggi, kontinjen Kelantan sedia menggalas cabaran serta berusaha membawa pulang kejayaan buat bumi Kelantan di Selangor nanti."

Beliau berkata demikian menerusi media sosial selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kontinjen SUKMA XXII Selangor 2026 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN) serta seluruh barisan pengurus pasukan daripada pelbagai acara sukan yang hadir bagi menjayakan mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, hari ini diadakan majlis solat hajat dan penyerahan bendera kepada kontinjen Negeri Kelantan ke SUKMA XXII Selangor dan para SUKMA Selangor di Dewan Kelantan Trade Center (KTC), Kota Bharu.

Majlis bakal disempurnakan Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nasuruddin Daud pada pukul 9. 00 pagi ini.

Pautan berjaya disalin!