Accessibility Tools

Skip to main content

YB Mohd Adanan santuni dua atlet Bola Tampar Pantai SUKMA Kelantan

Oleh: Syamimi Manah

TUMPAT, 2 Ogos – Ahli Dewan Negeri (ADN) Kelaboran YB Mohd Adanan Hassan menyantuni dua anak mukim DUN Kelaboran yang bakal mewakili Kelantan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dengan menyampaikan sumbangan  sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada mereka pada 28 Julai lalu.

Dua atlet berkenaan, Muhammad Shahrin Zulkifli dan Tuan Ahmad Aba Khair Tuan Soh bakal menggalas cabaran Kelantan dalam acara Bola Tampar Pantai (Beregu) pada temasya SUKMA akan datang.

YB Mohd Adanan berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memberikan sokongan moral kepada atlet muda yang berusaha mengharumkan nama negeri dalam bidang sukan.

Menurutnya, bantuan berkenaan diharap dapat membantu sedikit sebanyak urusan persiapan kedua-dua atlet sepanjang menghadapi kejohanan selain menjadi suntikan semangat untuk mereka memberikan aksi terbaik.

"Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu urusan persiapan mereka sepanjang menghadapi kejohanan. Seluruh warga DUN Kelaboran mendoakan agar kedua-dua atlet ini diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan seterusnya mengharumkan nama Kelantan di pentas SUKMA," katanya di laman rasmi pada 28 Julai.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Muhammad Shahrin dan Tuan Ahmad Aba Khair atas kejayaan terpilih mewakili Kelantan, selain berharap mereka terus membawa semangat juang tinggi ketika beraksi di pentas SUKMA.

"Saya berharap kedua-dua atlet dapat melakukan yang terbaik demi negeri Kelantan. Bawalah semangat juang yang tinggi dan berikan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan," ujarnya.

Pautan berjaya disalin!