Accessibility Tools

Skip to main content

Pemasangan paip HDPE siap, beri manfaat penduduk Gua Musang dan Rantau Panjang

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media AKSB

KOTA BHARU, 23 Julai – Dua projek penambahbaikan sistem bekalan air di Gua Musang dan Rantau Panjang telah siap, sekali gus membantu meningkatkan tekanan serta kualiti bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan yang terlibat.

Menurut Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam media rasminya semalam,  di Gua Musang, kerja-kerja pemasangan paip HDPE berdiameter 110 milimeter (mm) sepanjang 400 meter di Limau Kasturi telah siap sepenuhnya pada 20 Julai.

Susulan siapnya kerja berkenaan, bekalan air mula disalurkan kepada penduduk di kawasan sekitar, terutama Taman Rantau Manis, Kampung Renok, Sungai Asap dan Jeram Tekoh yang sebelum ini mengalami tekanan air rendah.

Sementara itu, kerja-kerja pemasangan 'pressure filter' di Taman Rantau Jaya, Rantau Panjang juga siap pada 21 Julai.

"Pelaksanaan kerja tersebut memberi manfaat kepada di seluruh bandar Rantau Panjang, kampung Banggol Kulim, kampung Gertak Buaya, kampung Banggol Mek Pit, kampung Chabang Tiga Pagoh, kampung Kubang Rambutan, Kampung Lubok Stol serta kawasan sekitarnya,"kata AKSB menerusi media rasminya, semalam.

Susulan pelaksanaan kerja berkenaan, masalah tekanan dan kualiti bekalan air di kawasan yang terlibat dilaporkan bertambah baik.

Pautan berjaya disalin!