Accessibility Tools

Skip to main content

YB Kamaruzaman rai pemain Gual Periok FC, suntik semangat hadapi Piala MB 2026

  • 22 October 2026
  • Oleh: Syamimi Manah | Kredit foto: Media YB Kamaruzaman
  • 28

RANTAU PANJANG, 22 Oktober – Ahli Dewan Negeri (ADN) Gual Periok YB Kamaruzaman Mohamad meraikan kejayaan bersama barisan pemain Gual Periok FC menerusi program makan malam bagi menyuntik semangat menjelang saingan Piala Menteri Besar (MB) Kelantan 2026.

Beliau berkata, pertemuan yang diadakan semalam diharap dapat mengeratkan ukhuwah serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan pemain sebagai persediaan menghadapi pertandingan berkenaan.

“Semoga pertemuan ini dapat menyuntik semangat, mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh kerjasama dalam kalangan pemain untuk menghadapi pertandingan yang bakal berlangsung,” katanya di laman rasmi, pada Rabu.

Program makan malam itu diadakan sempena kelayakan  Gual Periok FC dalam Piala MB Kelantan 2026.

YB Kamaruzaman berharap barisan pemain dapat mengekalkan kesungguhan serta semangat juang yang tinggi bagi memastikan pasukan berupaya memberikan saingan terbaik dalam kejohanan itu.

“Saya mendoakan agar Gual Periok FC terus diberikan kekuatan, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi. Semoga segala usaha membuahkan hasil dan pasukan kita berjaya meraih gelaran juara dalam Piala Menteri Besar Kelantan 2026. Insya-Allah,” ujarnya.

Beliau turut menyeru seluruh pemain agar berjuang dengan penuh semangat demi mengharumkan nama Gual Periok dalam kejohanan berkenaan.

Pautan berjaya disalin!