Accessibility Tools

Skip to main content

Pesakit kronik di DUN Pulai Chondong disantuni

Oleh: Irham Hilmi Hashim

MACHANG, 14 Julai – Sejumlah 11 pesakit kronik di DUN Pulai Chondong disantuni Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulai Chondong YB Azhar Salleh dengan sumbangan sekali beri daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai usaha meringankan beban mereka yang berdepan masalah kesihatan.

Majlis penyampaian Bantuan One-off Sakit Kronik tersebut berlangsung di Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong, Machang, pada 10 Julai.

YB Azhar berkata, bantuan itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan golongan pesakit kronik terus mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, terdapat dalam kalangan penerima yang terlantar akibat penyakit, kehilangan kaki ketika masih berusia sekitar 20-an akibat komplikasi diabetes yang dihidapi sejak berumur 12 tahun.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan kepada semua pesakit serta memberikan kekuatan dan kesabaran kepada mereka dan ahli keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut berharap inisiatif kebajikan seperti itu dapat diteruskan agar lebih ramai rakyat yang memerlukan terus menerima manfaat daripada Kerajaan Negeri.

Pautan berjaya disalin!