Accessibility Tools

Skip to main content

667 armalah Pulai Chondong terima sumbangan kerajaan negeri

Oleh: Irham Hilmi Hashim

MACHANG, 14 Julai – Sebanyak 667 armalah di DUN Pulai Chondong menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap golongan tersebut dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pulai Chondong YB Azhar Salleh berkata, golongan armalah sentiasa diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri menerusi pelbagai inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan bagi membantu meringankan beban mereka.

Menurutnya, sumbangan yang disampaikan bukan sekadar bantuan kebajikan, malah menjadi manifestasi bahawa golongan armalah sentiasa berada dalam perhatian dan ingatan kerajaan.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat kebajikan warga armalah melalui pelbagai bentuk inisiatif dan bantuan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu menampung sedikit beban para penerima, khususnya dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah berlangsung di Markas Dewan Ulama (MADU), Machang, pada 5 Julai.

Tambahnya, usaha menyantuni golongan armalah perlu diteruskan secara berterusan kerana mereka merupakan antara kelompok masyarakat yang memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak.

Katanya lagi, keprihatinan terhadap kebajikan armalah bukan sahaja dapat membantu memenuhi keperluan asas mereka, malah menjadi suntikan semangat untuk terus tabah meneruskan kehidupan.

Dalam pada itu, beliau berharap semua penerima terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehidupan.

“Semoga para armalah terus cekal dan tabah dalam meneruskan kehidupan, di samping sentiasa dikurniakan kesihatan, ketenangan serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT,” katanya.

Beliau turut berharap agenda kebajikan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri dapat terus memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan, sekali gus memperkukuhkan budaya prihatin dan saling membantu dalam kalangan masyarakat.

Pautan berjaya disalin!