Accessibility Tools

Skip to main content

1,000 peserta jayakan Fun Walk Pengkalan Kubor

Oleh: Syamimi Manah
Foto: Media Dato' Wan Roslan

TUMPAT, 5 Julai – Penyertaan kira-kira 1,000 peserta dalam Program Fun Walk Pengkalan Kubor membuktikan sambutan menggalakkan masyarakat terhadap aktiviti yang mempromosikan gaya hidup sihat di Pengkalan Kubor.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, beliau berkesempatan membuat pelepasan para peserta serta turut menyertai program berjalan kaki sejauh empat kilometer yang bermula dari Kompleks Imigresen Pengkalan Kubor hingga ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor pada 1 Julai lalu.

Menurutnya, program yang disertai penduduk Pengkalan Kubor itu turut menarik penyertaan masyarakat dari Bachok, Kota Bharu dan beberapa jajahan lain di Kelantan.

"Hampir 1,000 peserta menyertai program ini, sekali gus membuktikan komitmen masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengeratkan ukhuwah dan silaturahim," katanya di laman sosial, pada Jumaat.

Program tersebut merupakan anjuran Majlis Daerah Tumpat dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Dato' Wan Roslan turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta, urus setia, penaja serta semua pihak yang bertungkus-lumusu menjayakan program berkenaan.

Beliau berharap penganjuran program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform membudayakan amalan hidup sihat, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Pautan berjaya disalin!