Accessibility Tools

Skip to main content

Anak Kelantan dilantik Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 1 Julai - Anak kelahiran Pasir Puteh Dato' Dr. Mohd Azman Yacob, dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nasuruddin Daud berkata pelantikan itu merupakan pengiktirafan terhadap pengalaman, kepakaran serta komitmen Dato' Dr. Mohd Azman dalam perkhidmatan kesihatan negara.

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap Dato' Dr. Mohd Azman dapat terus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan sistem kesihatan negara.

"Semoga beliau diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk memikul amanah ini dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan sistem kesihatan negara.

"Tahniah dan selamat menjalankan tugas," katanya menerusi media sosial, pada Selasa.

Untuk rekod, Dato' Dr. Mohd Azman, 59, dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan pada 1967 dan merupakan tokoh perubatan serta pentadbir kesihatan awam yang berpengalaman luas.

Sebelum pelantikan tersebut, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan dan turut mempunyai pengalaman sebagai Timbalan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Pautan berjaya disalin!