Accessibility Tools

Skip to main content

Dato' Wan Roslan santuni 24 keluarga sehari menerusi Program SKC

Oleh: Syamimi Manah

TUMPAT, 30 Jun – Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat menyantuni 24 keluarga dalam tempoh sehari menerusi Program Skuad Kita Cakna (SKC) yang dilaksanakan di enam mukim sekitar Pengkalan Kubor pada 29 Jun.

Program yang berlangsung di Mukim Bunohan, Telaga Bata, Telok Jering, Bendang Pak Yong, Simpangan dan Jejulok itu memberi tumpuan kepada penduduk uzur, sakit serta mereka yang memerlukan perhatian dan sokongan masyarakat.

Dato' Wan Roslan berkata, setiap kunjungan bukan sekadar memenuhi agenda ziarah kebajikan bahkan menjadi medan mengeratkan ukhuwah serta menyuntik semangat kepada mereka yang sedang berdepan ujian.

"Sepanjang program ini, sebanyak 24 orang telah diziarahi melibatkan mereka yang uzur, sakit serta memerlukan perhatian dan sokongan masyarakat.

"Semoga setiap kunjungan ini menjadi asbab mengeratkan ukhuwah, menyuntik semangat kepada mereka yang diziarahi serta menjadi amal kebajikan yang diterima di sisi Allah SWT," katanya di laman rasmi, semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera Skuad Kita Cakna (SKC) yang bertungkus-lumus menjayakan program berkenaan sehingga berjaya dilaksanakan dengan lancar di keenam-enam mukim terbabit.

Menurutnya, komitmen dan semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh anggota SKC mencerminkan budaya prihatin yang terus diperkasakan dalam usaha memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian.

Pautan berjaya disalin!