Accessibility Tools

Skip to main content

Sambutan HAWANA Kelantan ditambah baik dengan anugerah media

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 14 Jun — Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) peringkat Negeri Kelantan tahun ini ditambah baik dengan mengadakan Anugerah Media Kelantan (AMK) 2025  yang diadakan buat pertama kali bagi meraikan seluruh pengamal media di negeri itu.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud berkata, sambutan HAWANA akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa termasuk aspek pelaksanaan serta pengisian program bagi penganjuran anugerah tersebut.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Mohd Asri Mat Daud

“Bermula pada tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya, akan dipastikan bahawa sambutan dan modus operandi dalam melaksanakan anugerah-anugerah ini ditambah baik dari semasa ke semasa, insya-Allah.”

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan HAWANA Peringkat Negeri Kelantan 2026, di sebuah hotel di sini malam tadi.

Menurut beliau, sebanyak sembilan kategori anugerah diperkenalkan pada tahun ini iaitu Berita Akhbar Bahasa Melayu Terbaik, Berita Akhbar Bukan Bahasa Melayu Terbaik, Berita TV Terbaik, Laporan Khas TV Terbaik, Berita Laporan Khas Akhbar Bahasa Melayu Terbaik, Gambar Berita Terbaik, Penyampai Radio Kerajaan Terbaik, Penyampai Radio Swasta Terbaik dan Visual TV Terbaik.

Berita Akhbar Bahasa Melayu Terbaik

Berita Akhbar Bukan Bahasa Melayu Terbaik

Berita TV Terbaik

Laporan Khas TV Terbaik

Berita Laporan Khas Akhbar Bahasa Melayu Terbaik

Gambar Berita Terbaik

Penyampai Radio Kerajaan Terbaik

Penyampai Radio Swasta Terbaik

Visual TV Terbaik

Katanya, semua kategori yang dipertandingkan bertujuan mengasah bakat serta memperkasa pengalaman sedia ada dalam kalangan pengamal media agar terus meningkatkan mutu karya mereka dari tahun ke tahun.

Tambah YB Mohd Asri, selepas HAWANA diwartakan untuk disambut pada 29 Mei setiap tahun bermula 2022, Kerajaan Negeri Kelantan mula mengadakan sambutan peringkat negeri pada 2024 dengan mengadakan perlawanan boling mahabbah di antara pimpinan kerajaan negeri, kakitangan Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) dengan pengamal media.

Menurutnya, sambutan tahun lalu pula diadakan di Bangsar, Kuala Lumpur dengan pelbagai pengisian termasuk pertandingan bola pikel (pickleball) pada sebelah pagi sebelum diteruskan dengan penyampaian sumbangan kebajikan kepada veteran media dan bekas pengamal media pada sebelah malam.

Pautan berjaya disalin!