Accessibility Tools

Skip to main content

SKC Kuala Balah santuni 12 keluarga uzur dan sakit di Batu Melintang

Oleh: Syamimi Manah

JELI, 9 Jun – Skuad Kita Cakna (SKC) DUN Kuala Balah meneruskan agenda kebajikan masyarakat apabila menyantuni 12 keluarga di Mukim Batu Melintang yang berdepan pelbagai masalah kesihatan dan memerlukan perhatian khusus.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Balah YB Dato' Abdul Hadi Awang Kechil berkata, program ziarah yang diadakan di Mukim Batu Melintang itu memberi peluang kepada pihaknya mendekati golongan yang sedang diuji dengan penyakit, uzur serta warga emas.

Menurutnya, lawatan tersebut melibatkan keluarga yang berdepan pelbagai situasi termasuk pesakit strok, sakit jantung, kencing manis kronik, sakit terlantar, mangsa kemalangan, individu yang mengalami kecederaan kaki melecur serta warga emas yang memerlukan sokongan berterusan.

“Alhamdulillah, bersama Skuad Kita Cakna (SKC) DUN Kuala Balah, kami santuni 12 keluarga anak Mukim Batu Melintang yang memerlukan pemerhatian kami kerana sakit, uzur dan warga emas.

“Semoga semuanya cepat sembuh dan diberi keberkatan oleh Allah SWT,” katanya di laman rasmi, semalam.

Beliau memaklumkan, program ziarah seumpama itu bertujuan menyampaikan bantuan dan sokongan moral dan menjadi medium untuk mendengar sendiri keperluan rakyat di peringkat akar umbi.

Katanya lagi, SKC DUN Kuala Balah akan terus memperkukuhkan peranan sebagai penghubung antara masyarakat dan pihak berkaitan bagi memastikan kebajikan golongan memerlukan sentiasa terbela.

Beliau berharap usaha berterusan itu dapat meringankan beban keluarga yang sedang menghadapi ujian kesihatan selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti setempat.

Pautan berjaya disalin!