Accessibility Tools

Skip to main content

119 pelajar Maahad Muhammadi Tumpat terima kit peperiksaan SPM 2026

  • 12 November 2026
  • Oleh: Syamimi Manah | Kredit foto: Media YB Mohd Adanan
  • 42

TUMPAT, 12 November – Sebanyak 119 pelajar Maahad Muhammadi Tumpat yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 menerima kit peperiksaan berupa alat tulis dan doa sebagai persediaan menghadapi peperiksaan berkenaan.

Penyerahan kit berkenaan disempurnakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kelaboran YB Mohd Adanan Hassan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap persediaan calon yang bakal memulakan peperiksaan pada 23 November ini.

Beliau berkata, pemberian tersebut diharap dapat menjadi dorongan kepada para pelajar untuk terus berusaha dan memberikan prestasi terbaik dalam peperiksaan.

“Saya menitipkan pesanan serta dorongan agar para pelajar terus berusaha, yakin dengan kemampuan diri dan memberikan yang terbaik dalam peperiksaan nanti,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Mudir Maahad Muhammadi Tumpat Aubaidillah Yusoff dan barisan wakil guru atas kerjasama dan kehadiran dalam menjayakan program berkenaan.

Beliau turut mendoakan agar semua calon SPM dikurniakan ketenangan, kelapangan fikiran dan kemudahan dalam menjawab setiap soalan.

“Terus berusaha, iringi dengan doa dan tawakal. Semoga kejayaan menjadi milik kalian,” ujarnya.

Pautan berjaya disalin!