Accessibility Tools

Skip to main content

Anak Kelantan harumkan nama negeri, dilantik TNC UMPSA

  • 23 September 2026
  • Oleh: Asri Hamat
  • 44

KOTA DARULNAIM, 23 September - Anak kelahiran Kampung Chat, Meranti, Pasir Mas Profesor ChM Dr Mohd Hasbi Ab Rahim mengharumkan nama Kelantan apabila dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata pelantikan berkenaan menjadi satu kebanggaan buat negeri ini selain membuktikan kemampuan anak Kelantan untuk terus menyerlah dalam bidang akademik.

"Tahniah kepada Prof ChM Dr Mohd Hasbi bin Ab Rahim, anak kelahiran Kampung Chat, Meranti, atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

"Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan dipermudahkan dalam melaksanakan amanah baharu ini, serta dapat menyumbang kepada negara," katanya menerusi media sosial, pada Selasa.

Prof ChM Dr Mohd Hasbi Ab Rahim dilantik menduduki jawatan berkenaan berkuat kuasa pada 21 September 2026 hingga 20 September 2028.

Sebelum ini beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Naib Canselor bagi Penyelidikan dan Inovasi (Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi) di Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UMPSA.

Pautan berjaya disalin!