Accessibility Tools

Skip to main content

MED4IR Negeri perkukuh agenda ekonomi digital dan 4IR

  • 21 September 2026
  • Oleh: Asri Hamat | Kredit foto: Media YB Dato' Wan Roslan
  • 26

KOTA DARULNAIM, 21 September -  Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negeri (MED4IR Negeri) Bilangan 2 Tahun 2026 menjadi medan penting bagi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berkongsi pandangan, pengalaman serta pendekatan dalam memperkukuhkan agenda ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato' Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkembangan teknologi yang begitu pantas menuntut semua pihak sentiasa bersedia dari sudut penyediaan infrastruktur digital dan dalam aspek pembangunan bakat, inovasi serta keupayaan memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya, segala perkongsian dan amalan terbaik yang diperoleh menerusi mesyuarat berkenaan diharap dapat dimanfaatkan bagi memperkukuhkan lagi agenda digital dan inovasi di Kelantan, selaras dengan perkembangan teknologi serta keperluan semasa.

"Insya Allah, segala perkongsian dan amalan terbaik yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha memperkukuhkan lagi agenda digital dan inovasi Negeri Kelantan, selaras dengan perkembangan teknologi serta keperluan semasa.

"Semoga segala usaha dan kerjasama yang digerakkan ini memberi manfaat kepada rakyat serta menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara yang lebih mampan," katanya dalam media sosial, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat MED4IR Negeri Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City, Selangor.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Menteri Digital YB Gobind Singh Deo dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) YB Hannah Yeoh.

Pautan berjaya disalin!