Sembang santai di kedai kopi erat hubungan pemimpin dengan rakyat - DS Tuan Ibrahim
-
06 August 2026
-
Oleh: Syamimi Manah | Kredit foto: Media Dato' Tuan Ibrahim
-
64
KUBANG KERIAN, 6 Ogos – Ahli Parlimen Kubang Kerian YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man terus mengambil pendekatan turun padang untuk meluangkan masa bersama penduduk Kampung Teluk Baru, di sini, pada Selasa.
Menurutnya, sesi sembang santai di kedai kopi menjadi medium berkesan untuk mengeratkan hubungan pemimpin dengan rakyat dan dapat mendengar pandangan atau aduan masyarakat secara langsung.
"Suasana santai di kedai kopi memberi peluang kepada masyarakat menyampaikan pandangan serta membincangkan pelbagai isu semasa secara terbuka kepada Ahli Parlimen mereka," katanya.
Tambahnya, pertemuan itu turut menyentuh pelbagai perkara berkaitan Parlimen Kubang Kerian selain perkembangan semasa di peringkat negeri dan negara.
Beliau yakin interaksi secara langsung seperti itu penting bagi memastikan suara rakyat dapat didengar dan difahami, sekali gus membantu memperkukuh hubungan antara wakil rakyat dengan masyarakat setempat.
Sehubungan itu, Dato' Sri Tuan Ibrahim merakamkan penghargaan kepada semua penduduk yang hadir serta berkongsi pandangan sepanjang sesi tersebut.
"Sembang di kedai kopi selalunya lebih santai, tetapi di situlah banyak perkara yang dikongsi. Semoga pertemuan seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan serta menjadi ruang untuk saling bertukar pandangan," katanya di laman rasmi, semalam.










