Accessibility Tools

Skip to main content

Aduan penduduk Kampung Bakat diberi perhatian, isu bekalan air antara keutamaan

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media ADN Gual Periok

RANTAU PANJANG, 9 Julai – Aduan penduduk Kampung Bakat terus diberi perhatian dengan isu bekalan air dikenal pasti sebagai antara keutamaan yang akan dibawa kepada pihak berkaitan bagi tindakan susulan demi memastikan kebajikan serta keselesaan penduduk sentiasa terpelihara.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Gual Periok YB  Kamaruzaman Mohamad berkata, perkara itu dibangkitkan oleh penduduk ketika beliau menyantuni masyarakat di Kampung Bakat bagi mendengar sendiri suara serta permasalahan yang dihadapi mereka.

Menurutnya, selain isu bekalan air, beberapa aduan lain turut dikemukakan oleh penduduk yang memerlukan perhatian serta penyelesaian daripada agensi berkaitan.

"Antara isu yang dibangkitkan ialah masalah bekalan air serta beberapa aduan lain yang memerlukan perhatian. Insya Allah, setiap aduan yang diterima akan dibawa kepada pihak berkaitan untuk tindakan susulan demi memastikan kebajikan dan keselesaan penduduk sentiasa terpelihara," katanya di laman rasmi, semalam.

Menurutnya, pendekatan turun padang secara berterusan membolehkan wakil rakyat mendengar sendiri pandangan rakyat serta mengenal pasti isu sebenar yang memerlukan tindakan segera.

Katanya lagi, maklum balas yang diterima daripada penduduk akan dijadikan asas untuk mengangkat setiap permasalahan kepada agensi berkaitan agar penyelesaian dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

"Terima kasih kepada seluruh penduduk Kampung Bakat atas sambutan yang mesra serta perkongsian pandangan. Semoga segala urusan dipermudahkan dan Kampung Bakat terus maju, aman serta sejahtera," ujarnya.

Beliau berharap kerjasama erat antara masyarakat, wakil rakyat dan agensi kerajaan dapat diteruskan bagi memastikan setiap isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan, sekali gus meningkatkan kesejahteraan penduduk Kampung Bakat.

Pautan berjaya disalin!