Sistem e-Qaryah ini merupakan bank data penduduk Negeri Kelantan untuk pelbagai kegunaan. Sistem ini dibangunkan bertujuan memudahkan pihak agensi kerajaan mengenalpasti semua anak mukim yang bermastautin dan bermukim di dalam mukim di Negeri Kelantan sek
Produk khairat kematian PERCUMA ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan
Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin yang berumur 60 tahun ke atas kecuali tergolong dalam asnaf muallaf.
Merupakan bantuan segera yang amat memerlukan wang (dalam kesuntukan wang). Terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin Keutamaan diberikan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU)
Merupakan bantuan yang diberikan sempena hari raya. Terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin.
Merupakan bantuan bagi membayar hutang yang tertunggak (hutang bagi keperluan asasi sahaja).
Merupakan bantuan perbelanjaan perjalanan bagi musafir yang terkandas.
Merupakan bantuan bagi membaikpulih rumah yang uzur dan usang.
Rumah kebajikan bagi anak yatim dibawah kelolaan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kebenaran bagi memungut derma di Negeri Kelantan.
Khairat Kematian ialah sumbangan yang hanya diberikan kepada waris bekas penerima bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Muat turun borang atas talian bagi urusan bayaran zakat.
Skim Takaful Berbayar yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya kekal atau kecederaan yag disebabkan oleh kemalangan.
Kelantan Gold Trade menjalankan program Mahar menggunakan Dinar.
Kelantan Gold Trade telah melancarkan Tabung Infaq menggunakan Dinar/Dirham dan Wafer kepada individu yang ingin menginfaqkan harta mereka kepada insan yang lebih memerlukan.
Merupakan Bantuan kewangan kepada Armalah (ibu tunggal) miskin yang kematian suami.
Merupakan Bantuan kewangan kepada wasi/ waris Armalah (ibu tunggal) setelah Armalah itu meninggal dunia.
Merupakan Bantuan pendidikan kepada anak yatim.
Merupakan Bantuan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami ketidakupayaan dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria
Merupakan Caruman Skim Takaful Rahmah kepada pesakit terlantar yang berusia dibawah 60 tahun
Bantuan alatan perniagaan kepada wanita miskin terpilih yang ingin memulakan atau untuk meningkatkan perniagaan.
Bantuan kepada orang miskin yang disalurkan melalui JKM untuk setiap DUN.
Merupakan bantuan yang akan disalurkan kepada keluarga miskin UNTUK MERINGANKAN KESULITAN KEWANGAN MEREKA buat sementara waktu atau sehingga mereka dapat berdikari.
Bantuan kepada projek ekonomi yang diusahakan secara berkumpulan oleh OKU atau orang miskin atau ibu tunggal.
Bantuan berbentuk pemulihan infrastruktur kepada mangsa yang terlibat dengan musibah bencana alam.
Bantuan berbentuk barangan kepada mangsa yang terlibat dengan musibah bencana alam.
Bantuan berbentuk peralatan kepada klien OKU JKM yang memerlukan.
Membantu klien JKM yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.
Bantuan kepada NGO bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO dalam program dan khidmat kebajikan.
Membantu keluarga /penjaga kepada anak-anak atau membantu anak/kanak-kanak yang kehilangan keluarga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
Menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.
Meringankan beban keluaga/penjaga dan menggalakkan penjaga/keluarga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar dan sakit kronik.
Diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik atau yatim piatu yang tidak mempunyai saudara supaya dapat terus tinggal dalam masyarakat bersama keluarga pelihara dan menjalani kehidupan dengan sempurna.
Membantu untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja kepada klien jabatan atau anak-anak yang tercicir dari persekolahan.
Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana ekonomi keluarga.
Membantu kumpulan sasar JKM yang kurang bekemampuan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan yang telah disyorkan oleh pengamal perubatan (kerajaan/swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.
Pemberian bantuan segera yang diberi serta merta secara sekaligus (One-off) kepada kumpulan sasar yang layak dan terdesak.
Skim Gerbang Az-Ziwwaj adalah satu skim / saguhati khas kepada pasangan pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menuju Negeri Berkebajikan. Skim ini juga adalah Insentif Perkahwinan kepada mereka yang berpendapatan rendah mend
Merupakan bantuan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada pesakit- pesakit kronik.
Kursus Halimatul Saadiah merupakan program latihan penjagaan kanak-kanak yang disasarkan kepada pengasuh di rumah. Kursus ini telah dianjurkan sejak tahun 2015 oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.
Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.
Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta
Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan
Kompleks Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan.
Email: inforakyat@kelantan.gov.my
Fax: +60
Webiste: http://inforakyat.kelantan.my