Info Rakyat Kelantan

Kebenaran Pungutan Khairat / Derma
Free

Kebenaran Pungutan Khairat / Derma

  • 00m 00s
Price: Free

PENGENALAN:

Seksyen 67 (4) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 memperuntukkan bahawa seseorang yang memungut atau menjalankan sebarang usaha memungut wang atau apa-apa derma untuk tujuan khairat dengan tiada kebenaran bertulis daripada MAIK atau cuai daripada memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Majlis berhubung dengan perkara itu sebagaimana yang diperuntukan dalam enakmen ini, adalah bersalah atas satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan mengikut Seksyen 128 iaitu dikenakan denda tidak melebihi RM 1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya atau boleh dihukum dibawah Seksyen 129 iaitu denda tidak melebihi RM 4,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali dan mahkamah boleh memerintahkan mana-mana wang atau harta yang dikumpulkan itu diserahkan kepada Baitulmal.

 

KELAYAKAN MEMUNGUT DERMA:

Mana-mana orang atau kumpulan orang-orang memungut wang atau apa-apa pemberian kerana khairat bagi kepentingan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut hukum Syarak.

 

SYARAT PUNGUTAN KHAIRAT / DERMA:

1. Mengisi borang permohonan kebenaran memungut derma khairat dengan lengkap

2. Senarai Jawatankuasa Lembaga Pengelola (termasuk no kad pengenalan, alamat dan pekerjaan)

3. Senarai nama-nama orang yang akan memungut derma (termasuk no kad pengenalan, alamat dan pekerjaan)

4. Dua keping gambar berukuran passport setiap pemungut derma

5. Sesalinan fotostat kad pengenalan setiap pemungut derma

6. Kertas kerja projek

7. Surat pengesahan tanah wakaf atau kebenaran pihak berkuasa berkenaan (sekiranya tanah adalah hak milik orang lain untuk diwakafkan perlu ada surat penyerahan yang telah dicop duti setem dan salinan geran tanah)

8. Sesalinan fotostat buku akauan bank yang terkini

9. Minit mesyuarat atau lain-lain surat sokongan

10. Sesalinan fotostat pelan projek yang disahkan oleh arkitek yang bertauliah

11. Surat kelulusan pembinaan/ubahsuai dari bahagian Pembangunan MAIK sekiranya masjid berkenaan adalah masjid mukim.

  

 SYARAT MENYAMBUNG PUNGUTAN KHAIRAT / DERMA:

1. Surat permohonan untuk menyambung pungutan derma

2. Penyata kira-kira kutipan terkini daripada bank atau yang disahkan oleh pemeriksa kira-kira Jawatankuasa yang dilantik

3. Gambar-gambar projek yang telah siap dibuat berdasarkan kepada pungutan yang lepas

4. Bukti pembelian barang-barang projek yang telah digunakan hasil kutipan yang lepas

5. Kaki resit yang lepas.

 

SEMAKAN E- KHAIRAT:

Sistem e-Khairat ini dibangunkan oleh Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) dan digunapakai oleh semua Majlis Islam Negeri (MAIN).Tujuan utama sistem dan portal ini adalah untuk kemudahan dan manfaat masyarakat supaya tidak tertipu dan tidak mensia-siakan sumbangan wang yang disedekahkan demi kepentingan agama, namun disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang ramai boleh membuat semakan di Portal Semakan Wang Khairat.

  

HUBUNGI KAMI:

UNIT PENGURUSAN AM

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Kompleks Balai Islam, Lundang

Jalan Sultan Yahya Petra,

15200 Kota Bharu, Kelantan

Telefon : +609 7481512

Faks : +609 7485512

Emel : pentadbiran@e-maik.my

 

WAKTU BERURUSAN:

1. AHAD HINGGA RABU

  • JAM 8.00 PAGI – 5.00 PTG

2. KHAMIS

  • JAM 8.00 PAGI – 3.30 PTG.

3. JUMAAT DAN SABTU CUTI

 

KLIK DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/perkhidmatan-kami/pungutan-derma-khairat

Short Description

Kebenaran bagi memungut derma di Negeri Kelantan.

Statistik Kunjungan

245530
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
633
523
4422
240645
5489
2961
245530

Your IP: 3.141.244.201
2024-04-20 20:08

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my