Info Rakyat Kelantan

Skim Bantuan Bulanan
Free

Skim Bantuan Bulanan

  • 00m 00s
Price: Free

PENGENALAN:

Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin yang berumur 60 tahun ke atas kecuali tergolong dalam asnaf muallaf.

 

SYARAT- SYARAT AM MEMOHON:

1. Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.

2. Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan.

3. Beragama Islam.

 

SYARAT- SYARAT KHUSUS MEMOHON:

1. Bantuan diberi dalam bentuk wang tunai sebanyak RM400.00 sebulan.

2. Terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin.

3. Pemohon hendaklah berumur 60 tahun ke atas kecuali tergolong dalam asnaf muallaf.

4. Pemohon bawah umur 60 tahun layak sekiranya pemohon tersebut sakit ,uzur dan tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan.

5. Bukan penerima bantuan bulanan daripada mana-mana badan @agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

CARA UNTUK MEMOHON:

Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan. Tiap-tiap Pemohon mestilah mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat, Tingkat 1, MAIK. Borang permohonan yang disalin (fotostat) tidak akan dilayan.

 

KLIK DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT:

http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/skim-bantuan/bantuan-bulanan

Short Description

Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin yang berumur 60 tahun ke atas kecuali tergolong dalam asnaf muallaf.

Statistik Kunjungan

345668
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
61
785
3250
340971
4409
7104
345668

Your IP: 98.84.18.52
2024-10-12 07:45

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my