Info Rakyat Kelantan

Free

Skim Gerbang Az-Ziwaaj

  • 00m 00s
Price: Free

Pengenalan:

Skim Gerbang Az-Ziwwaj adalah satu skim / saguhati khas kepada pasangan pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menuju Negeri Berkebajikan.

Skim ini juga adalah Insentif Perkahwinan kepada mereka yang berpendapatan rendah mendirikan rumahtangga yang sah disisi agama.

 

Apakah bentuk pemberian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri?

Bentuk pemberian yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah berbentuk wang tunai bernilai Ringgit Malaysia Satu Ribu dalam bentuk cek ( atas nama calon ) diberikan kepada calon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

Syarat kelayakan bagi memohon skim ini adalah seperti berikut: 

  1. Pemohon mestilah LELAKI sahaja.
  2. Warganegara Malaysia sahaja.
  3. Rakyat Kelantan yang dilahirkan di Kelantan ( no. kad pengenalan 03@29 ) atau dapat membuktikan telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
  4. Pendapatan bulanan pemohon hendaklah tidak melebihi RM 700.00 sebulan.
  5. Perkahwinan yang pertama sahaja.
  6. Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan perlu dibantu ( mengikut kriteria dan budi bicara negeri).
  7. Permohonan mestilah disertai sijil-sijil dan dokumen yang disahkan iaitu salinan kad pengenalan, permohonan untuk kebenaran berkahwin (Borang 1) dan 1 keping gambar berukuran passport.
  8. Kerajaan berhak menarik balik kelulusan, jika maklumat yang diberikan adalah tidak benar.
  9. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan di Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Blok 7, Komplek Kota DarulNaim. 15503 Kota Bharu Kelantan, sekurang-kurangnya SEBULAN SEBELUM TARIKH PERKAHWINAN. Borang yang lewat diterima TIDAK AKAN DIPROSES.

 

Lampirkan Sijil Dan Dokumen Yang Disahkan: 

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan Surat Beranak
  3. Sijil Pra Perkahwinan
  4. Borang Pemeriksaan Kesihatan.
  5. Permohonan untuk Kebenaran Berkahwin
  6. Gambar berukuran passport

 

Cara memohon adalah dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di:

  1. Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri.
  2. Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darul Naim
  3. Kaunter 11, Urusetia Belia dan Sukan di UTC Kelantan, Kota Bharu (bersebelahan KB MALL Kota Bharu).

 

Kelulusan:

  1. Setelah LULUS, cek akan diserahkan kepada pejabat ADUN/ Penyelia DUN.
  2. Penyerahan Cek Skim Gerbang Az-Ziwaaj akan diserahkan kepada pemohon oleh ADUN/ Penyelia DUN.

 

Pautan URL:

Facebook Gerbang Az-Ziwaaj: facebook.com/GerbangAzZiwaaj

Facebook Urusetia Belia dan Sukan Kelantan: facebook.com/urussetiabeliasukan

Short Description

Skim Gerbang Az-Ziwwaj adalah satu skim / saguhati khas kepada pasangan pengantin baru yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menuju Negeri Berkebajikan. Skim ini juga adalah Insentif Perkahwinan kepada mereka yang berpendapatan rendah mend

Statistik Kunjungan

345722
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
115
785
3304
340971
4463
7104
345722

Your IP: 98.84.18.52
2024-10-12 08:15

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my