SKIM HALIMATUL SAADIAH (Skim Untuk Pengasuh Di Rumah)
Free

SKIM HALIMATUL SAADIAH (Skim Untuk Pengasuh Di Rumah)

  • 00m 00s
Price: Free

PENGENALAN:

  1. Kursus Halimatul Saadiah merupakan program latihan penjagaan kanak-kanak yang disasarkan kepada pengasuh di rumah. Kursus ini telah dianjurkan sejak tahun 2015 oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.
  2. Kerajaan Negeri melihat bahawa kursus ini merupakan usaha yang perlu diteruskan dan diperkasakan dalam meningkatkan tahap penjagaan kanak-kanak di Kelantan.
  3. Untuk tahun 2019, Kursus Halimatul Saadiah telah dinaiktaraf menjadi Skim Halimatul Saadiah. Skim ini mempunyai 3 fasa seperti berikut :-
    • Pemilihan pengasuh di rumah melalui penghantaran borang Halimatul Saadiah.
    • Mereka yang terpilih akan dikursuskan mengikut modul-modul yang telah di sediakan sebanyak 2 siri.
    • Mengadakan lawatan ke rumah pengasuh dan mereka yang terpilih akan diberi insentif Skim Halimatul Saadiah dari Kerajaan Negeri Kelantan.

 

PROSEDUR DAN SYARAT PERMOHONAN:

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Kelantan.
  2. Beragama Islam.
  3. Berumur 25 tahun ke atas.
  4. Mengasuh sekurang- kurangnya 2 orang bayi atau kanak- kanak di rumah (anak atau cucu sendiri tidak diambil kira).
  5. Mempunyai pengalaman mengasuh sekurang- kurangya 1 tahun.
  6. Berminat menjadi pengasuh di rumah sendiri atau di rumah majikan.
  7. Terbuka juga kepada mereka yang mencari kerja dalam bidang asuhan kanak- kanak dan pengurusan rumahtangga.
  8. Permohonan yang memenuhi terma dan syarat akan menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500.00 di bawah Skim Halimatul Saadiah (One Off).

 

SILA PASTIKAN ANDA TELAH MELENGKAPKAN PERKARA BERIKUT SEBELUM MEMBUAT PENGHANTARAN:

  • Borang permohonan yang lengkap.
  • Satu keping gambar pemohon (saiz passport @3R)
  • 1 keping gambar tempat mengasuh beserta kanak- kanak yang dijaga.
  • 1 keping salinan Kad Pengenalan pemohon.

*** Dapatkan borang permohonan Skim Halimatul Saadiah di pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita beralamat di PT109 Wisma Dr Alias, Jalan Telipot 15150 Kota Bharu Kelantan.

 

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:

Unit Pembangunan Keluarga 013-983 6915.

Pejabat Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan,

PT109 Wisma Dr Alias, Jalan Telipot 15150 Kota Bharu Kelantan.

Telefon : +609-747 6568

Faks : +609-747 6510

Facebook : facebook.com/ukekwa/

Short Description

Kursus Halimatul Saadiah merupakan program latihan penjagaan kanak-kanak yang disasarkan kepada pengasuh di rumah. Kursus ini telah dianjurkan sejak tahun 2015 oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

Statistik Kunjungan

168926
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
72
20
72
168524
1149
636
168926

Your IP: 54.165.57.161
2021-11-28 04:44

Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © Kerajaan Negeri Kelantan

Hubungi Kami

Kerajaan Negeri Kelantan

Kompleks Kota Darulnaim

15503 Kota Bharu, Kelantan.

Email: inforakyat@kelantan.gov.my

Fax: +60

Webiste: http://inforakyat.kelantan.my