Accessibility Tools

Skip to main content

Pengkuliah YIK bimbing masyarakat, bentuk pemikiran dan akhlak ummah

  • 18 October 2026
  • Oleh: Irham Hilmi Hashim
  • 39

KOTA DARULNAIM, 18 Oktober – Para pengkuliah Yayasan Islam Kelantan (YIK) berperanan penting dalam membimbing masyarakat serta membentuk pemikiran, akhlak dan keperibadian umat Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata demikian dalam kenyataan di media sosialnya selepas menyempurnakan perasmian Himpunan Pengkuliah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Tahun 2026 di sebuah hotel di sini, Khamis lalu.

Menurutnya, tugas menyampaikan ilmu bukan sekadar menyampaikan fakta dan hukum, sebaliknya merupakan amanah besar yang memerlukan kebijaksanaan dalam membimbing masyarakat memahami serta menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

“Tugas menyampaikan ilmu bukan sekadar menyampaikan fakta dan hukum, bahkan merupakan satu amanah besar dalam membentuk pemikiran, akhlak dan keperibadian umat berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah,” jelasnya.

Program anjuran Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) itu diharap menjadi medan untuk memperkukuh ukhuwah, menyelaraskan kefahaman serta memperkasakan peranan pengkuliah dalam menyampaikan dakwah yang berhikmah dan berkesan.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada IPTG selaku penganjur, pihak YIK serta seluruh pengkuliah atas komitmen dan kesungguhan dalam menyebarkan ilmu kepada masyarakat.

Usaha dan pengorbanan para pengkuliah dalam mendidik serta membimbing ummah terus diperkasakan dan dinilai sebagai amal soleh di sisi Allah SWT, sekali gus menjadi saham akhirat yang berpanjangan,” ujarnya.

Pautan berjaya disalin!