Accessibility Tools

Skip to main content

Kelantan peneraju pengeluaran madu kelulut negara, catat hasil 297.6 tan - Dato’ Tuan Saripudin

  • 15 October 2026
  • Oleh: Irham Hilmi Hashim
  • 37

KOTA DARULNAIM, 15 Oktober – Kelantan menduduki tempat pertama negara dalam pengeluaran madu kelulut dengan jumlah hasil sebanyak 297.6 tan sekali gus memperlihatkan potensi industri itu sebagai pemacu ekonomi komuniti pertanian negeri.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata demikian dalam kenyataan di media sosialnya selepas merasmikan Majlis Makan Malam dan Sesi Libat Urus Bersama Persatuan dan Penternak Kelulut Negeri Kelantan 2026 di sebuah hotel di sini, pada 13 Oktober.

Menurutnya, pencapaian tersebut membuktikan industri kelulut mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan serta membuka peluang ekonomi kepada rakyat, khususnya dalam kalangan komuniti pertanian.

“Pencapaian ini membuktikan potensi besar industri kelulut sebagai salah satu kluster komuniti pertanian yang mampu menjana pendapatan serta membuka peluang ekonomi kepada rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap sesi libat urus berkenaan dapat memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri, jabatan berkaitan dan penternak bagi menangani cabaran yang dihadapi industri berkenaan.

Kerjasama tersebut juga diharap dapat membantu meningkatkan kualiti pengeluaran serta memperluas pasaran madu kelulut Kelantan, sekali gus menyokong perkembangan industri itu secara berterusan.

“Usaha bersepadu semua pihak penting bagi memastikan industri kelulut negeri terus berkembang maju serta memberikan manfaat kepada penternak dan ekonomi rakyat,” ujarnya.

Pautan berjaya disalin!