Accessibility Tools

Skip to main content

308 calon SMU di Maahad Muhammadi Perempuan terima suntikan semangat

  • 14 October 2026
  • Oleh: Irham Hilmi Hashim
  • 22

KOTA DARULNAIM, 14 Oktober – Sebanyak 308 calon Sijil Menengah Ugama (SMU) 2026 di Maahad Muhammadi Perempuan menerima suntikan semangat menerusi lawatan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat ke pusat peperiksaan berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam media sosialnya selepas mengadakan lawatan bagi meninjau perjalanan peperiksaan serta menyampaikan sokongan kepada calon yang sedang menduduki peperiksaan itu, semalam.

Menurutnya, lawatan berkenaan memberi peluang untuk melihat sendiri suasana peperiksaan dan menyuntik semangat kepada pelajar yang berusaha mencapai kejayaan dalam akademik serta pendidikan agama.

“Semoga semua calon diberikan ketenangan hati, dipermudahkan urusan menjawab setiap soalan serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang,” katanya.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak pentadbiran sekolah, guru dan petugas peperiksaan yang memastikan urusan peperiksaan berjalan dengan baik dan teratur.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Dato’ Shamsul Abu Bakar serta kakitangan YIK.

Pautan berjaya disalin!