Accessibility Tools

Skip to main content

SUKMA 2028: Menteri KBS disaran kerap turun Kelantan, pantau naik taraf Mini Stadium Pasir Mas - MP Pasir Mas

  • 07 October 2026
  • Oleh: Irham Hilmi Hashim
  • 40

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Menteri Belia dan Sukan disaran supaya lebih kerap turun ke Kelantan bagi memantau persiapan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2028, termasuk memastikan Mini Stadium Pasir Mas dinaik taraf dan dimanfaatkan dalam ekosistem kejohanan itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas YB Ahmad Fadhli Shaari berkata komitmen Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terhadap penganjuran SUKMA Kelantan 2028 amat dihargai, namun pemantauan secara langsung di lapangan penting bagi memastikan persiapan berjalan seperti dirancang.

“Saya berharap YB Menteri dapat kerap turun ke Kelantan bagi memantau persiapan, termasuk memastikan Mini Stadium Pasir Mas dinaik taraf dan dimanfaatkan dalam ekosistem SUKMA 2028,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat, semalam.

YB Ahmad Fadhli berkata, penganjuran SUKMA di luar Lembah Klang perlu dilihat sebagai peluang untuk mewujudkan legasi kemudahan sukan yang dapat dimanfaatkan rakyat, selain menyokong pembangunan atlet negeri.

Menurutnya, tumpuan tidak seharusnya terhad kepada kelancaran penganjuran kejohanan semata-mata, sebaliknya kemudahan yang dibangunkan perlu memberi manfaat jangka panjang kepada ekosistem sukan dan atlet di Kelantan.

“Kita mahu SUKMA yang dianjurkan di luar Lembah Klang ini meninggalkan legasi kemudahan dan pembangunan atlet yang nyata kepada rakyat Kelantan,” ujarnya.

Pautan berjaya disalin!