Accessibility Tools

Skip to main content

Dabong FC muncul juara LED Dabong 2026

  • 06 October 2026
  • Oleh: Syamimi Manah | Kredit foto: Media YB Abdul Latif
  • 28

KUALA KRAI, 6 Oktober - Dabong FC muncul juara Liga Elit DUN (LED) Dabong 2026 selepas menamatkan saingan liga berkenaan yang berlangsung di Padang Kuala Geris, Dabong, di sini, pada Sabtu lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dabong YB Ku Zaki Ku Hussin berkata, Dabong FC menerima wang tunai RM2,000 berserta medal sebagai juara, manakala Sungai Sam FC muncul naib juara dengan membawa pulang wang tunai RM1,500 dan medal.

Jelawang FC dan Kemubu FC pula menerima wang tunai RM1,000 setiap pasukan selepas mara ke peringkat separuh akhir.

Beliau merakamkan tahniah dan syabas kepada semua pasukan, pemain, urusetia, pengadil, penyokong serta semua pihak yang bersama-sama menjayakan LED Dabong 2026.

Menurutnya, keputusan pertandingan perlu diterima sebagai sebahagian daripada pengalaman dalam membina semangat juang, disiplin dan ukhuwah dalam kalangan pemain.

“Buat pasukan yang tewas jangan patah semangat. Kalah menang adat pertandingan. Yang penting, semangat juang, disiplin dan ukhuwah terus diperkukuhkan,” katanya di laman rasmi, semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh penyokong LED Dabong 2026 yang tidak jemu memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan masing-masing.

Katanya, sorakan, semangat dan kehadiran penyokong menjadikan liga berkenaan lebih meriah.

“Yang menang kita raikan, yang tewas kita beri semangat. Menang kalah bukan pemisah, ukhuwah tetap diutamakan,” ujarnya.

YB Ku Zaki turut berharap LED terus menjadi medan mencungkil bakat anak muda, mengeratkan silaturahim serta membina komuniti yang sihat dan bersatu.

Pautan berjaya disalin!