Accessibility Tools

Skip to main content

PURNAMA santuni mangsa kebakaran Wakaf Bharu

  • 07 September 2026
  • Oleh: Irham Hilmi Hashim | Kredit foto: Media YB Dato' Wan Roslan
  • 29

KOTA DARULNAIM, 7 September — Pertubuhan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Negeri Kelantan (PURNAMA) tampil menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di hadapan Wisma Majlis Daerah Tumpat (MDT), Wakaf Bharu, semalam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor merangkap Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, kehadiran serta sumbangan PURNAMA merupakan tanda cakna dan kebersamaan dalam membantu meringankan beban mangsa yang sedang berdepan ujian.

"Usaha menyantuni mangsa dalam situasi sedemikian penting bagi menunjukkan keprihatinan terhadap keadaan mereka selain memberikan sokongan ketika berdepan kehilangan akibat kejadian kebakaran," katanya dalam media sosial, semalam.

Terrdahulu, beliau menyantuni mangsa kebakaran bersama PURNAMA yang diketuai Datin Panglima Perang Datin Wan Norhanita Wan Yaakob.

Sehubungan itu, beliau mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan dan kesabaran, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan rezeki yang lebih baik dan diberkati bagi menggantikan setiap kehilangan yang dialami.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Mohd Rusli Abdullah.

Pautan berjaya disalin!

Baca Yang Lain