Accessibility Tools

Skip to main content

TMB Kelantan sertai Fun Walk Guillemard sempena 102 tahun jambatan ikonik

  • 27 August 2026
  • Oleh: Asri Hamat
  • 66

KOTA DARULNAIM, 27 Ogos - Timbalan Menteri Besar  Kelantan YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Dato' Hassan menyertai Fun Walk Guillemard 2026 sempena sambutan 102 Tahun Jambatan Guillemard yang ikonik itu dan sambutan Maulidur Rasul, di pekarangan Masjid, Kusial Bharu, Tanah Merah pada Selasa.

Menurutnya, program santai sambil beriadah itu memberi ruang kepada masyarakat melakukan aktiviti sihat di samping dapat mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Dalam program berkenaan, beliau turut meninjau perkembangan kerja-kerja penambahbaikan di kawasan Jambatan Guillemard.

“Alhamdulillah, usaha menceriakan dan memperindah kawasan ini amat dihargai.

“Terima kasih dan tahniah kepada YB Bahari Mohd Nor atas usaha serta inisiatif yang cemerlang dalam memastikan kawasan bersejarah ini terus dipelihara dan diberikan perhatian sewajarnya,” katanya dalam media sosial, hari ini.

Tambahnya, kawasan berkenaan perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih, ceria, indah dan terurus supaya nilai sejarah serta identitinya terus terpelihara sebagai salah satu khazanah penting negeri Kelantan.

Pautan berjaya disalin!