Accessibility Tools

Skip to main content

Rakyat Kelantan dinasihat tangguh perjalanan ke selatan Thailand

  • 26 August 2026
  • Oleh: Irham Hilmi Hashim
  • 27

KOTA DARUL NAIM, 26 Ogos – Kerajaan Negeri Kelantan menasihati rakyat supaya mengelakkan atau menangguhkan perjalanan ke kawasan selatan Thailand buat sementara waktu susulan insiden letupan yang berlaku di kawasan berkenaan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Mohamed Fadzli Dato’ Dr. Hassan berkata, nasihat tersebut diberikan khususnya berikutan bermulanya musim cuti sekolah yang menyaksikan peningkatan pergerakan orang ramai, termasuk ke negara jiran.

Menurutnya, langkah berkenaan penting bagi memastikan keselamatan rakyat terus diberi keutamaan sehingga keadaan di kawasan terbabit kembali aman.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan wartawan pada sidang media selepas Mesyuarat Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak menghalang pergerakan rakyat ke Thailand memandangkan hubungan erat yang terjalin antara masyarakat Malaysia dan negara jiran tersebut.

“Pihak kerajaan tidak menghalang pergerakan memandangkan hubungan erat rakyat Malaysia dan Thailand, namun orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati sekiranya mempunyai urusan penting di sana sehingga keadaan kembali aman,” jelasnya.

Sehubungan itu, rakyat yang mempunyai urusan penting di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga serta peka terhadap keadaan keselamatan semasa.

Pautan berjaya disalin!