Accessibility Tools

Skip to main content

Kelantan-MAHB dan syarikat penerbangan bincang jaringan usahasama strategik

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: FB Datuk Kamarudin

KOTA DARULNAIM, 16 Julai - Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan sesi libat urus dan perbincangan bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), AirAsia, Malaysia Airlines (MAS) dan Batik Air di Pejabat Malaysia Airports, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), semalam.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, YB Datuk Kamaruddin Md Nor, berkata perbincangan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh jaringan usahasama strategik penerbangan, meningkatkan kesalinghubungan udara serta memperkasakan sektor pelancongan negeri.

Katanya, turut dikongsikan dalam sesi berkenaan ialah analisis dan perkembangan statistik ketibaan pelancong dari Jakarta, Indonesia ke Kelantan yang dibentangkan oleh pihak AirAsia.

"Perkongsian itu dijadikan rujukan dalam merancang strategi promosi serta pembangunan sektor pelancongan negeri dengan lebih berkesan," katanya di media sosial, pada Rabu.

Beliau berharap kerjasama erat antara kerajaan negeri, pengurusan lapangan terbang dan syarikat penerbangan akan terus diperkukuhkan bagi membuka lebih banyak peluang penerbangan.

"Usaha ini akan dapat menarik lebih ramai pelancong serta merancakkan pertumbuhan ekonomi dan industri pelancongan Kelantan," jelasnya.

Pautan berjaya disalin!