
Bantuan Khas Usahawan Kecil Wanita Kelantan (BKUK)
Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan
Bantuan khas kepada Usahawan Kecil Wanita yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 bagi meningkatkan perniagaan sedia ada
Mendapat bantuan peralatan perniagaan minima RM1,000.00 sehingga maksima RM5,000.00
Syarat Permohonan:
- Kumpulan sasaran adalah peniaga dari golongan wanita, beliawanis, OKU dan armalah.
- Menetap di Kelantan dan mestilah warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 hingga 60 tahun.
Tahun Dilaksanakan dan Bil. Penerima:
- 2020: 1,231 orang
Peruntukan Keseluruhan Ikut Tahun:
- 2020: RM2,500,000.00



