Accessibility Tools

Skip to main content

Bantuan Cakna Pekerja Wanita (Cakna Hawa)

Jabatan/ Agensi: Urus Setia Pembangunan Kebajikan, Keluarga Dan Wanita Negeri Kelantan


  • Bantuan yang diberikan kepada pekerja wanita berpendapatan rendah (B40)
  • Bantuan ini bermula pada 2020 dengan nama Bantuan Cakna Pekerja Wanita yang kemudian diteruskan pada 2021 dan 2022 dengan nama Bantuan Cakna Hawa
  • Kumpulan Sasaran
    • Pekerja Pembersihan/ Tukang Cuci
    • Pekerja Kedai Runcit/ Pasaraya
    • Pekerja Kilang
    • Pekerja Stesen Minyak

Pemohon akan menerima sumbangan kewangan secara one-off bernilai RM 100.00 seorang.

Syarat Permohonan:

  1. Wanita yang bekerja
  2. Berumur 18-60 tahun
  3. Penerima bukan terdiri daripada Armalah dan Suri Rumah
  4. Berpendapatan Isi Rumah di bawah RM 3,000 sebulan dan ke bawah
  5. Bekerja dan menetap di Kelantan
  6. Mempunyai anak atau lebih di bawah tanggungan

Tahun Dilaksanakan dan Bil. Penerima:

  • Bantuan Cakna Pekerja Wanita di peringkat Parlimen pada tahun 2020, melibatkan:
    • Pekerja Kilang: 30 orang setiap Parlimen= 420 orang penerima
    • Pekerja Pasar Raya: 30 orang setiap Parlimen= 420 orang penerima
    • Pekerja Pembersihan: 30 orang setiap Parlimen= 420 orang penerima
    • Peniaga Wanita: 30 orang setiap Parlimen= 420 orang penerim
  • 2020: 1,680 orang penerima
  • Cakna Hawa:
    • 2021: 100 orang setiap DUN= 4,500 orang penerima
    • 2022: 200 orang setiap Parlimen= 2,800 orang penerima
    • 2025: 420 orang (30 orang/ Parlimen)

Peruntukan Keseluruhan Ikut Tahun:

  • 2020 : RM 168,000.00
  • 2021 : RM 450,000.00
  • 2022 : RM 280,000.00
  • 2025 : RM 42,000.00