
Skim Bantuan Rumah Kediaman (Projek Khas)
Jabatan/ Agensi: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
Merupakan bantuan untuk sebuah rumah yang dibina baru dan bukannya untuk membaiki rumah yang sedia ada.
- Penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin. Keutamaan diberikan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).
- Tanah milik sendiri atau milik ibu bapa atau tanah kerajaan. Sekiranya dibina atas tanah milik kerajaan atau ibu bapa pemohon ianya hendaklah mendapat kebenaran secara bertulis.
- Bagi penerima lelaki hanya mempunyai seorang isteri sahaja.
- Mempunyai tanggungan yang ramai.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di bawah.



