
Program Bantuan Baja (Baja Organik) Negeri Kelantan
Jabatan/ Agensi : Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
Merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan untuk memberi bantuan kepada semua petani dan pekebun kecil dan sederhana yang mengusahakan tanaman selain daripada padi, sawit dan getah.
- Bantuan ini adalah untuk membantu meningkatkan kualiti hasil tanaman para petani dan membantu petani yang berminat ke arah mendapatkan pensijilan organik bagi tanaman yang diusahakan.
- Penerima akan menerima baja organik mengikut keluasan tanah yang dimiliki atau diusahakan.
- Maksima keluasan tanah adalah 3 ekar dengan kadar 1 ekar tanah bersamaan 3 guni 25kg baja organik.
- Penerima boleh memilih samada baja organik atau baja cecair.
- BORANG PERMOHONAN
- Borang permohonan bersiri boleh didapati di Pejabat DUN, Jabatan Pertanian dan Kelantan Biotech Corp. Sdn Bhd.
- Borang permohonan bersiri boleh didapati di Pejabat DUN, Jabatan Pertanian dan Kelantan Biotech Corp. Sdn Bhd.
- DOKUMEN DIPERLUKAN
- Sediakan salinan seperti kad pengenalan, resit hasil, geran atau geran sewaan tanah dan pengesahan daripada Penghulu/ADUN/Penyelia ADUN.
- Pastikan tanaman yang dinyatakan adalah selain daripada padi, sawit dan getah.
- SERAHAN BORANG
- Borang boleh diserahkan kepada Penghulu, Pejabat DUN, Jabatan Pertanian dan Kelantan Biotech Corp. Sdn. Bhd.
- Setiap permohonan akan ditapis dan disemak oleh Jabatan Pertanian.
- PENERIMAAN BAJA
- Petani yang layak akan dihubungi oleh Penghulu, Pejabat DUN atau, Jabatan Pertanian untuk menerima bantuan baja.
- Petani yang layak akan dihubungi oleh Penghulu, Pejabat DUN atau, Jabatan Pertanian untuk menerima bantuan baja.
- Permohonan terbuka setiap tahun.
- Untuk maklumat lanjut boleh layari laman page facebook di https://www.facebook.com/kbcsb
Seramai 7,691 penerima telah mendapat bantuan baja organik dengan purata jumlah sebanyak 50,249 beg guni baja dan 2042 botol baja cecair dengan keluasan tanah berjumlah 17,667.36 ekar.



