
Insentif Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Peningkatan Kemudahan Biosekuriti Ladang myGAP
Jabatan/ Agensi: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan
- Mula diperkenalkan pada tahun 2016.
- Bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan kos yang ditanggung oleh pengusaha akuakultur dan juga agensi Kerajaan kesan daripada kenaikan kos penyediaan kemudahan dan peralatan bagi keperluan pematuhan biosekuriti untuk mendapatkan sijil myGAP.
Bantuan kemudahan biosekuriti dan peralatan yang berkaitan dalam memenuhi keperluan pematuhan biosekuriti bagi skim pensijilan myGAP sektor akuakultur bernilai maksimum RM200,000.00 setiap seorang pengusaha dan premis akuakultur dibawah seliaan Kerajaan termasuk institusi pendidikan dan penyelidikan. (mengikut syarat dan kelayakan)
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pengusaha akuakultur individu atau berkelompok yang berdaftar dengan Bahagian Biosekuriti Perikanan.
- Pengusaha akuakultur samada syarikat atau individu yang ditentukan oleh Unit Biosekuriti Perikanan Negeri yang mengkategorikan pengusaha yang berpotensi untuk dipersijilkan di bawah Skim Pensijilan myGAP Sektor Akuakultur atau sijil Kualiti Ikan (Fish Quality Certificate – FQC).
- Pengusaha akuakultur yang memohon perlu sekurang-kurangnya telah beroperasi satu kitaran pengeluaran.
- Pemohon bebas dari tindakan muflis daripada mana-mana makhamah.
- Lain-lain syarat yang akan ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan semasa.
Bermula tahun 2016 sehingga 2024- 12 penerima



