Accessibility Tools

Skip to main content

Program Bantuan Input Perikanan Akuakultur Di Bawah Peruntukan Pembangunan Negeri Kelantan

Jabatan/ Agensi: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan


Pihak jabatan dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah mengaktifkan program perkhidmatan Jabatan dalam bidang akuakultur yang meliputi pemberian bantuan kepada para penternak akuakultur atau kumpulan sasar seperti pengusaha kecil, sederhana dan komersial yang merangkumi aspek perkhidmatan, sistem, infrastruktur, teknologi, input dan peralatan.

Jenis Program:

  1. KOD 31004 - Program Peningkatan Benih Pembenihan Industri dan Asuhan Ikan Negeri Kelantan
  2. KOD 31007 - Program Pembangunan Industri Ikan Hiasan Dan Tumbuhan Akuatik
  3. KOD 31010 – Pemulihan Semula Kolam Terbiar
  4. KOD 31018 – Program Pembangunan Akuakultur
  5. KOD 31012 - Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Zon Industri Akuakultur (ZIA)
  6. KOD 31008 – Promosi Dan Sebaran Perikanan

Skop bantuan boleh merangkumi perkara berikut:

  1. Infrastruktur Asas
  2. Sistem Ternakan
  3. Input Operasi
  4. Peralatan Mudah Alih
  5. Perkhidmatan Pemulihan Sistem Ternakan
  6. Perkhidmatan Pengembangan
  7. Kemudahan Makmal
  8. Kursus, Seminar, Bengkel, Khidmat Nasihat, Latihan Sangkut, Lawatan Sambil Belajar, Penerangan dan Promosi atau Sebarang Aktiviti untuk Memperkasakan Ilmu dan Pengetahuan dalam Membangunkan Aktiviti Ternakan Akuakultur.
  1. Warganegara Malaysia atau Pemaustatin Tetap;
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Pengusaha individu, berkelompok atau syarikat yang berminat;
  4. Mempunyai status pemilikan tanah/ kebenaran penggunaan tanah/sewaan/TOL yang sah;
  5. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang akuakultur sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  6. Telah mengusahakan sekurang-kurangnya satu (1) pusingan ternakan;
  7. Syarikat berdaftar di Malaysia dan pegangan majoriti saham 51% dimiliki atau usaha sama (joint venture) oleh rakyat Malaysia;
  8. Pemohon digalakkan menyertai program Amalan Akuakultur Baik Jabatan Perikanan Malaysia iaitu MyGAP; dan
  9. Keutamaan pemilihan peserta adalah kepada yang masih belum menerima sebarang bantuan input dari Pejabat Perikanan Negeri Kelantan.
  1. Hanya pemohon yang berdaftar dengan Pejabat Perikanan Negeri Kelantan. Pendaftaran penternak boleh dibuat di Pejabat Perikanan Daerah terdekat.
  2. Pemohon dikehendaki mengemukakan:
    1. Borang Bantuan Input Perikanan Akuakultur Di Bawah Peruntukan Pembangunan Negeri yang boleh didapati di mana-mana Pejabat Perikanan Daerah dan Pejabat Perikanan Negeri Kelantan;
    2. Jadual Ringkasan Bantuan Input Perikanan Akuakultur Di Bawah Peruntukan Pembangunan Negeri yang boleh didapati di mana-mana Pejabat Perikanan Daerah dan Pejabat Perikanan Negeri Kelantan;
    3. Salinan hak milik tanah individu atau syarikat/surat kebenaran menggunakan tanah/surat sewaan tanah/resit bayaran TOL dan lain-lain; dan
    4. Salinan Kad Pengenalan semua pemohon. 
  3. Dokumen di atas hendaklah dikemukakan ke Pejabat Perikanan Daerah di mana projek/aktiviti ternakan akuakultur sedang dilaksanakan.
  4. Nota : Hanya permohonan yang menepati syarat layak dipertimbangkan untuk tapisan di peringkat Jawatankuasa berkaitan dan tertakluk kepada peruntukan semasa Jabatan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.dof.gov.my

  • 2023 – 216 orang penternak telah menerima bantuan
  • 2024 – 516 orang penternak telah menerima bantuan