
Sistem Penyampaian & Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur
Jabatan/ Agensi: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan
Sistem penyampaian ini merangkumi semua program perkhidmatan jabatan dalam bidang akuakultur seperti perkhidmatan, system, infrastruktur, teknologi, input dan peralatan.
Program bantuan yang disalurkan kepada peserta melalui Sistem Penyampaian & Khidmat Sokongan (SPeKS) akuakultur:
- Pembangunan Taman kekal pengeluaran makanan (TKPM) — zon industri makanan akuakultur (ZIA)
- Penstrukturan semula dan Pembangunan komuniti akuakultur
- Percubaan/ demostrasi
- Inkubator
- Projek Khas
- Bantuan Bencana
- Pembangunan Usahawan Siswazah (Akuakultur)
- Pelepasan ke perairan terkawal
- Infrastruktur Asas
- Sistem Ternakan
- Input Operasi
- Peralatan Mudah
- Perkhidmatan Pemulihan Sistem Ternakan
- Perkhidmatan Pengembangan
- Kemudahan Makmal
- Khidmat Nasihat
- Latihan Sangkut
- Lawatan Sambil Belajar
- Kursus Seminar dan Bengkel
*bergantung kepada jenis program
- Warganegara Malaysia
- Berumur melebihi l8 tahun
- Berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia
- Keutamaan diberikan kepada pengusaha yang mempunyai pemilikan/ kebenaran penggunaan tanah yang sah
- Keutamaan diberikan kepada pengusaha yang mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang akuakultur
- Keutamaan diberikan kepada pengusaha yang mengusahakan sekurang- kurangnya satu pusingan ternakan
- Syarikat berdaftar di Malaysia dan pegangan majoriti saham 51% dimiliki atau usahasama (joint venture) oleh rakyat Malaysia
- Pemohon digalakkan menyertai program Amalan Akuakultur Baik Jabatan Perikanan Malaysia
- Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan SPeKS 1/06
- Borang permohonan SPeKS 1/06 boleh diperolehi di mana¬mana Pejabat Perikanan Negeri/ Daerah/ laman sesawang Jabatan Perikanan Malaysia
- Borang permohonan yang lengkap bersama dokumen seperti Salinan i/c, SaLinan hak milik tanah individu/ Syarikat, surat kebenaran daripada pemilik tanah (sekiranya tanah bukan hak milik sendiri), Salinan resit pembayaran TOL, dan lain-lain dokumen yang perlu.
- Borang permohonan dan dokumen di atas hendaklah dikemukakan ke Pejabat Perikanan Daerah di mana projek/ aktiviti ternakan akuakultur sedang dilaksanakan.
Nota: Hanya permohonan yang menepati syarat layak dipertimbangkan untuk tapisan di peringkat Jawatankuasa berkaitan dan tertakluk kepada peruntukan semasa Jabatan.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.dof.gov.my
- 2023- 33 orang penternak telah menerima bantuan
- 2024- 20 orang penternak telah menerima bantuan



