
PeKa B40
Jabatan/ Agensi: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 adalah inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).
Bertujuan untuk untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).
Manfaat PeKa B40:
- Saringan Kesihatan
- Bantuan Alat Perubatan
- Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
- Insentif Tambang Pengangkutan
PeKa B40 ditawarkan kepada warganegara Malaysia dalam kumpulan B40.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas secara automatik layak menerima PeKa B40.
Tiada pendaftaran khas diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKa B40:
- Langkah 1 : Semak kelayakan.
- Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yand boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
- Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
- Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https://protecthealth.com.my/peka-b40/



