
Promosi Seni dan Budaya Tempatan melalui portal digital
Jabatan/ Agensi: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan
JKKN telah menerbitkan satu gerbang informasi budaya bagi memperkenalkan seni, budaya, warisan, makanan tradisional, adat resam dan pelbagai bentuk gaya hidup yang memaparkan kesenian dan kebudayaan sesuatu masyarakat.
Masyarakat boleh melayari laman sesawang www.pemetaanbudaya.jkkn.gov.my bagi mendapatkan maklumat apa sahaja yang berkaitan dengan seni budaya dan warisan.
Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.pemetaanbudaya.jkkn.gov.my
Jumlah pelayar laman sesawang pemetaan sejak dilancarkan pada Julai 2025 adalah seramai 4,829,141 pengunjung.



