Accessibility Tools

Skip to main content

Penyelidikan Seni Budaya

Jabatan/ Agensi: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sedang mengorak langkah agar dapat menjadi salah satu pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan berkaitan seni budaya dan focal point bagi program penyelidikan dan kajian terutamanya yang berkaitan dengan seni dan budaya.

Di samping itu, JKKN juga berfungsi untuk melaksanakan program-program pemuliharaan, pemeliharaan dan pembangunan seni budaya berteraskan kesenian tradisional.

Fungsi Penyelidikan ini juga adalah supaya JKKN dapat merancang, melaksanakan dan memantapkan pangkalan data seni budaya secara dalam talian seterusnya menjadi pakar rujuk tempatan dalam bidang seni dan budaya.

Masyarakat boleh melayari laman sesawang www.pemetaanbudaya.jkkn.gov.my bagi mendapatkan maklumat apa sahaja yang berkaitan dengan seni budaya dan warisan.

Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.jkkn.gov.my