Accessibility Tools

Skip to main content

Program Bimbingan Seni Budaya

Jabatan/ Agensi: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan


Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB) JKKN dilaksanakan bagi melahirkan individu yang cemerlang dalam bidang seni dan budaya seterusnya menggilapkan dan menyerlahkan modal insan yang berbakat dan berkemahiran tinggi dalam seni budaya. 

Sesi latihan diadakan setiap minggu dan dilatih orang Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) yang diiktiraf oleh JKKN dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Program ini dilaksanakan di beberapa peringkat seperti:

  1. Komuniti
  2. Jabatan
  3. IPTA
  4. Sekolah

Program yang dilaksanakan di bawah PBSB adalah:

  1. Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC)
  2. Kelab Tunas Budaya (sekolah rendah)
  3. Kelab Giat Budaya (sekolah menengah)
  4. Program Hujung Minggu (tari dan seni berbahasa)

Permohonan boleh dibuat melalui surat dan dihantar ke pejabat JKKN

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di bawah.

Mengadakan persembahan di pelbagai peringkat di sekitar negeri Kelantan dan di luar negeri Kelantan.