Accessibility Tools

Skip to main content

Bahasa tindakan lebih berkesan daripada percakapan - MB Kelantan

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Cabaran terbesar dalam usaha menyebarkan risalah Islam pada masa kini ialah memperlihatkan ajaran Islam melalui bahasa tindakan seharian berbanding percakapan.
Bahasa tindakan lebih berkesan daripada percakapan - MB Kelantan Oleh: Norzana Razaly KOTA BHARU, 1 September – Cabaran terbesar dalam usaha menyebarkan risalah Islam pada masa kini ialah memperlihatkan ajaran Islam melalui bahasa tindakan seharian berbanding percakapan. Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, konsep berdakwah melalui teladan hidup (dakwah bil-hal) yang menuntut umat Islam menzahirkan akhlak mulia, sikap berhemah dan pendirian yang teguh lebih berkesan berbanding menyeru secara lisan. “Bahasa tindakan lebih...

Continue reading

PMBI manifestasi kemerdekaan hakiki – MB Kelantan

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) yang menjadi mekanisme pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan bagi melestari dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dilaksanakan sejak lebih tiga dekad lalu adalah manifestasi kemerdekaan hakiki.
PMBI manifestasi kemerdekaan hakiki – MB Kelantan Oleh: Norzana Razaly KOTA BHARU, 31 Ogos – Strategi Penghayatan Membangun Bersama Islam (PMBI) yang menjadi mekanisme pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan bagi melestari dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang dilaksanakan sejak lebih tiga dekad lalu adalah manifestasi kemerdekaan hakiki. Menteri Besar Kelantan YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud berkata, PMBI mencerminkan iltizam kepimpinan untuk istiqamah menunaikan prinsip syariat dalam mengemudi pemerintahan negeri. Menurutnya, dasar tersebut...

Continue reading

Penghulu perlu jadi 'bapa ' kepada rakyat – MB Kelantan

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Penghulu di seluruh Kelantan diseru agar memainkan peranan sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan dianggap sebagai “bapa” kepada masyarakat mukim masing-masing, kata Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.
YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Besar Kelantan Penghulu perlu jadi 'bapa ' kepada rakyat – MB Kelantan Oleh: Asri Hamat BACHOK , 30 Ogos – Penghulu di seluruh Kelantan diseru agar memainkan peranan sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan dianggap sebagai “bapa” kepada masyarakat mukim masing-masing, kata Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud. Menurut beliau, penghulu bukan sekadar pegawai pentadbiran, tetapi mesti menjadi contoh kepimpinan yang dihormati, dihargai dan dekat dengan rakyat. "Biar rakyat...

Continue reading

Duta Jepun puji tadbir urus matang Kerajaan Kelantan

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Duta Besar Jepun ke Malaysia Tuan Yang Terutama (TYT) Shikata Noriyuki memuji pendekatan kepimpinan matang yang diamalkan Kerajaan Negeri Kelantan, yang disifatkan membantu memperkukuh hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.
Duta Besar Jepun ke Malaysia Tuan Yang Terutama (TYT) Shikata Noriyuki Duta Jepun puji tadbir urus matang Kerajaan Kelantan Oleh: Asri Hamat KOTA DARULNAIM, 30 Ogos – Duta Besar Jepun ke Malaysia Tuan Yang Terutama (TYT) Shikata Noriyuki memuji pendekatan kepimpinan matang yang diamalkan Kerajaan Negeri Kelantan, yang disifatkan membantu memperkukuh hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan. Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan, berkata penghargaan itu dizahirkan TYT Shikata sempena kunjungan hormat beliau ke Kompleks Kota Darulnaim,...

Continue reading

SPNB bina rumah 3 bilik, penghuni diminta patuh bayaran bulanan

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kekal komited melaksanakan projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kelantan dengan memastikan setiap kediaman dibina lengkap tiga bilik, sejajar dasar negeri yang menekankan kepentingan susun atur rumah mengikut tuntutan Islam.
SPNB bina rumah 3 bilik, penghuni diminta patuh bayaran bulanan Oleh: Asri Hamat MACHANG, 29 Ogos – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kekal komited melaksanakan projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kelantan dengan memastikan setiap kediaman dibina lengkap tiga bilik, sejajar dasar negeri yang menekankan kepentingan susun atur rumah mengikut tuntutan Islam. Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, para penerima manfaat program itu diminta memberi kerjasama dengan melunaskan bayaran bulanan yang ditetapkan sebanyak RM300 sebulan dalam tempoh...

Continue reading

Kelantan sasarkan Satu Keluarga Satu Rumah, termasuk bukan Islam

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan sasaran jangka panjang untuk memastikan setiap keluarga di negeri ini memiliki sebuah rumah, termasuk keluarga bukan Islam yang layak.
Kelantan sasarkan Satu Keluarga Satu Rumah, termasuk bukan Islam Oleh: Asri Hamat MACHANG, 29 Ogos – Kerajaan Negeri Kelantan menetapkan sasaran jangka panjang untuk memastikan setiap keluarga di negeri ini memiliki sebuah rumah, termasuk keluarga bukan Islam yang layak. Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan menegaskan bahawa dasar tersebut bersandarkan prinsip keadilan dalam Islam yang menekankan hak setiap individu tanpa mengira latar belakang agama. “Orang bukan Islam juga berhak memiliki rumah. Mengikut cara Islam, orang yang berhak mesti diberi...

Continue reading

Ilmu, akhlak benteng kehidupan, lebih bernilai daripada harta – MB Kelantan

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Ilmu dan akhlak adalah benteng kehidupan manusia dan nilainya jauh lebih tinggi berbanding harta serta kekayaan, tegas Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.
YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Besar Kelantan Ilmu, akhlak benteng kehidupan, lebih bernilai daripada harta – MB Kelantan Oleh: Norzana Razaly KOTA BHARU, 28 Ogos – Ilmu dan akhlak adalah benteng kehidupan manusia dan nilainya jauh lebih tinggi berbanding harta serta kekayaan, tegas Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud. Beliau berkata, hakikat itu jelas sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-‘Alaq yang menegaskan tuntutan menuntut ilmu sebagai asas kehidupan, bahkan mendahului kepentingan...

Continue reading

E-Tuisyen Rakyat Sejahtera pastikan tiada pelajar Kelantan tercicir

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Kerajaan Negeri Kelantan bertekad dalam memastikan setiap pelajar, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak tercicir daripada mendapat pendidikan berkualiti melalui pelaksanaan Program E-Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan 2025.
YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi E-Tuisyen Rakyat Sejahtera pastikan tiada pelajar Kelantan tercicir Oleh: Norzana Razaly  KOTA BHARU, 28 Ogos – Kerajaan Negeri Kelantan bertekad dalam memastikan setiap pelajar, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak tercicir daripada mendapat pendidikan berkualiti melalui pelaksanaan Program E-Tuisyen Rakyat Sejahtera Kelantan 2025. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata program berasaskan...

Continue reading

Bebas daripada nafsu adalah kemerdekaan hakiki – Dato' Abdul Rahman

  • Intro Skim Bantuan atau Berita: Kemerdekaan sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi yang lebih utama ialah kebebasan daripada cengkaman penjajahan hawa nafsu dalam diri, tegas Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Dato’ Abdul Rahman Yunus.
Bebas daripada nafsu adalah kemerdekaan hakiki – Dato' Abdul Rahman Oleh: Asri Hamat KOTA BHARU, 28 Ogos – Kemerdekaan sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi yang lebih utama ialah kebebasan daripada cengkaman penjajahan hawa nafsu dalam diri, tegas Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Dato’ Abdul Rahman Yunus. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Penghayatan Kemerdekaan ke-68 peringkat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang diadakan di Dataran Bandaraya di sini, malam tadi. ...

Continue reading